Followers

Monday, October 10, 2011

ya, kami bakal guru!

hai~

pejam celik pejam celik dah lima tahun setengah dah aku belajar di IPG Kampus Pulau Pinang..dari muda remaja sampailah dah dewasa dan lebih matang.. tahun pertama aku kat sini, masih tertanya-tanya betul ke aku nak jadi cikgu?tahun kedua pun masih tertanya soalan yang sama..tahun ketiga, bermula praktikum yang pertama..dan tu yang menyebabkan hati aku makin ragu-ragu..
bila dah tahun keempat, kalau orang tanya, betul ke nak jadi cikgu?

aku akan jawab,ya, betul..

sepanjang pengalaman saya sebagai guru pelatih, memang best..

aktiviti kami pada setiap sem :

  • picnic
  • shopping
  • tengok wayang
  • seoul garden
  • celebrate birthday 
tu yang wajib..yang tak wajib banyakkk..

dalam masa beberapa bulan lagi aku akan tamat belajar dan awal tahun depan dah mula posting..
macam tak pecaya jer??

jadi cikgu je?

apa?ingat jadi guru ni senang ke?
lagi-lagi dengan perkembangan teknologi yang makin pesat..macam-macam yang guru kena tempuhi..
antara cabaran yang akan kami tempuhi ialah:
  1. perlu kelayakan akademik sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda...kan nak hasilkan generasi yang berilmu, jadi tahap pendidikan guru kena la tinggi..KPM memang menyokong guru-guru yang nak melanjutkan pelajaran ni..tak kira la peringkat sarjana muda ke, sarjana ke..
  2. harus mempunyai kemahiran komputer yang bagus..yela..sekarang ni kerja-kerja kat sekolah semua guna komputer..murid sekarang pun suka bertanya..*shock*
  3. menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat..kalau tak ada jer kata-kata "tak padan dengan cikgu,......" mcm2 lagi la kata-kata yang tak berapa sedap di dengar nanti..
  4. kena serba boleh..bukan setakat mengajar aja...
harapan buat diriku sendiri..semoga menjadi guru yang disanjung tinggi..sebab tugas mengajar amatlah mulia sehinggakan Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan..

selamat berjaya rakan-rakan guruku!






5 comments:

cha zainol said...

guru dan cabaran semasa :) great! ngeee~

princess pisang said...

hehe..toceee...

snf said...

SYOKLAH kak ana dah nk grad!.kami bejanggut lg kt sini.huhu...

iKhRam said...

wow.. tak bley blah.. pekara wajib tiap2 sem.. byk makan je kan kite2 nie.. hehehehe

princess pisang said...

snf: smentara nk grad,azabbb...

ikhram: hehe mestila kn..